Hari ni hari Jumaat, penghulu segala hari. Alhamdulillah. Selalunya hari jumaat mesti seronok sebab ada satu kelas je. Tambah pula esok wekend lagi la seronok.
Nak bangun pagi tadi macam payah je, pergi kelas macam takde mood. Makan pun takde selera. Cadang esok nak pegi pejabat imigresen nak buat passport sebagai persediaan untuk fly ke UK bulan depan. InshaAllah itu pun kalau takde aral lintang. Then nak pergi bank nak buat kad debit. Macam-macam benda nak buat esok.
Tapi kali ni bukan nak cakap pasal passport dan kad debit. Kumpulan aku dah sepakat nak pergi sebuah kilang di ibu kota untuk buat assignment petang ni. Memandangkan minggu lepas aku tak pergi sebab ada urusan so aku setuju untuk join kali ni.
Dah dua bulan lebih tak sentuh wave biru dan mungkin juga aku dah hilang skill yang selama ni aku pendam. Roadtax pun dah mati tapi terpaksa juga start enjin sebab dah janji nak jumpa kat fakulti. Berpeluh-peluh nak bagi enjin panas. Tayar pula buat hal, daaa kena keluar duit ganti tube. Jam menunjukkan pukul 12.30 tengahari. Memang sangat terik sementara nak tunggu abang pomen tukar tube.
Balik rumah cepat-cepat mandi, solat, then terus menuju ke wave biru ku. Janji pukul 1.30 tapi jam dah 1.24. Minta maaf ye kawan-kawan sebab aku pergi bengkel tadi (dah la sorang-sorang perempuan) :"(
Baru je keluar simpang rumah, satu benda je yang terlintas kat minda "Macam mana kalau aku tetiba jatuh eksiden? Dah la kereta kat KL ni laju belaka". Rasa macam dah tak sedap hati, aku ambik keputusan stop kat petronas jap. Tapi mengenangkan kawan dah tunggu, aku teruskan juga perjalanan ke UM.
"SEREEEEEEEEEEETTTTT!!! DUUMMMMMMM!!!!"
Kereta depan membuat emergency brake dan begitu juga aku tapi apakan daya. Bunyi kuat mengejutkan orang yang melintas jalan untuk ke masjid tapi dalam ramai-ramai hanya beberapa orang je yang datang tolong selebihnya hanya tengok dengan muka tergamam. Sedar-sedar wave biru dah ada atas aku dan aku meniarap atas jalan.dan kami di bawah kereta yang aku langgar.
Driver kereta terus lari dan aku dengan luka-luka di kaki gagahkan diri angkat wave biru yang dah terbaring lantas memakai kasut ku yang dah terpelanting. Alangkah sedap nya rasa, kaki mula menggigil dan wave biru ku penuh dengan kesan calar dan handle pula senget.
Alhamdulillah berkat kesabaran, aku tiba juga di rumah walau pun agak susah untuk pijak paddle gear. Sepanjang jalan, air dan darah sama-sama mengalir dengan derasnya akibat tahan sakit. Mungkin betul la, ada hikmah disebalik setiap yang berlaku. Bersyukur sebab dapat groupmates yang memahami lalu aku dikecualikan daripada visit ke factory tu.
Jb Law, Yee Lin and Atiqah im so sorry coz not be able to join u guys for the second time. :'(
Hingga saat aku tulis entry ni pun darah still mengalir dan sangat kebas...
Salah satu kesan luka dan aku pun tak pasti luka ni kena jalan atau wave biru. Alhamdulillah masih lagi bernafas..Oh ya ni di bahagian tapak kaki di ibu jari ya, jangan pikir lain
2 comments:
sbb terjadi kerna brek la eh? huhu.
semoga lebih berhati hati pada lain masa. kim salam sy pada wave biru.
rasa pada luka tu nikmat dunia bukan? ^^
@taqO
emm mungkin byk sbb nya kot bukan??haha..sjk kejadian, xtgk dh wave biru..
nikmat yg hanya sekali..cukup la skali
Post a Comment