Assalamualaikum
Jeng jeng jeng....Bertemu lagi kita dalam masa tak sampai sehari kan. Tajuk kali ni panjang sikit la memandangkan idea tengah fresh lagi ni. Oh cop!! Off radio dulu, menyampah pulak aku dengar suara si taizo gedik ni, gelak nak macam patah je kan. Haaaiissshhhh
Sebagai sorang pelajar yang selalu kena herdik, kena perli, kena marah, kena tanya pelbagai jenis soalan, kena korbankan waktu tidur. Aku mengaku sememangnya tak mudah jadi sorang pelajar. Ni bukan bermaksud orang yang dah ada kerjaya tu mudah tapi setiap profession ada cabaran masing-masing. Cuma kali ni nak cakap pasal pelajar disebabkan aku pun masih lagi pegang status tu.
Dulu masa sekolah, masing-masing tak matang lagi kan. Boleh kata masa tu ibarat macam honey moon la, belajar main-main je. Setiap tahun cikgu pesan "Takde istilah honey moon bila kamu kat sekolah" betul la tu. Tapi budak-budak ni lain, contoh nya masa sekolah rendah dulu kalau belajar tak berapa pandai pun tak kisah tapi mak bapak yang menggelabah hantar pegi tuition bagai. Yelaa dulu otak ingat main je (tapi budak sekarang ingat main + becinta) gattaaii naa.
Bagi yang dapat result gempak merasa la masuk sekolah budak pandai, bagi yang tak berapa tu boleh cuba lagi masa PMR nanti. Bila dah keluar result PMR pulak, ada yang menangis dan ada yang suka. Tapi bila duduk hostel terasa sangat dia punya tekanan tu. Tambah pulak kena ikut schedule 24/7 kalau tak ikut kena tulis nama la, kena panggil masuk bilik PK la. Hadoi ape pun tak boleh.
Habis sekolah memang seronok sangat tak dapat dinafikan. Tapi hidup dia lain sangat dengan sekolah, sapa sokong??? Hahaha. Masa ni time management semua atas bahu kita. Pandai-pandai la nak corakkan diri macam mana. Kerja sangat banyak tapi nak jugak enjoy. Ada yang salah corak diri, enjoy kat tempat yang tak sihat contoh nya clubbing atau pun rempit dari jalan bangsar sampai bandar sunway. Amboooiii memang ni jalan bapak kau kan. Dan ada jugak yang kurung dalam bilik je, tak bersosial pun susah.
Bila dah masuk u, nak tak nak memang kena jadi matang dan dalam masa yang sama confident level kena tinggi dan communication skill tu kena ada. Mungkin kat sekolah takut nak present tapi kat u benda ni la yang selalu kena hadap. Murah rezeki, kena present kat depan outsider, masa tu pakai coat, kasut kilat pe semua kasi gempak kunun.kekekeke :p
Tapi bila peratikan member, ada yang mengeluh, tak buat kerja, bila marah habis semua orang kena, buat kerja main-main, dan paling tak patut ada yang menyesal bila buat salah atau pun buat kerja banyak kali. Memang la penat kan, tapi kita kena la positif. Nak menyesal pun tak guna benda tu dah lepas. Anggap benda tu sebagai pengajaran tak pun anggap benda tu untuk kasi mantap lagi skill kita. Jangan la ambik jalan mudah eg. dah give up nak buat, pergi upah orang lain buat. Sampai bila pun la kau tak kan pandai.
Bila lecturer suruh buat pape, buat la tapi kalau rasa macam dah melampau sangat cuba slow talk dengan dia suruh kurangkan sikit project or assignment tu. Pleaaase la jangan la kurang ajar. Mungkin kita ingat lecturer tu hati kering tapi belakang kita dia mengadu kat orang lain mana kita tau kan. Silap-silap tak berkat ilmu tu. Belajar tu kena buat jugak tapi relax and chill. Kalau rasa tension, pegi la kuar jalan-jalan makan aiskrim ke ok!??
yeelin│lizu│yaya│iqa│wani│tita│nabilah
Ok bai~
0 comments:
Post a Comment