Study visit : Liverpool & London

Assalamualaikum wbt...


Sudah lama rasa tak update pasal trip kat UK. Rasa tak sabar pulak nak habiskan masa kat sini dan pulang ke tanah air sambil melihat muka gembira seisi keluarga menerima pemberian dariku. Tapi mama yang bagi duit so kira macam mama la yang bagi hadiah kat depa. Waaa banyak pahala mama :))


Hujung minggu ni aku tak keluar ke mana-mana, like seriously memang sangat rugi la datang negara orang kalau tak jenjalan tapi mengenangkan exam yang akan aku tempuh esok, tahan la kejap nafsu nak berjalan ni. Lagi pun boleh jimat duit kan. Ada lagi dua minggu kat sini, sekejap je rasa. Tengok-tengok nanti dah sampai malaysia.


Baru-baru ni ada buat class visit ke Channel 4, London, Everton Stadium dan Museum of Liverpool. Tapi yang tak best nye pegi London semata-mata untuk pegi visit je pastu terus balik takde jenjalan. Minggu depan ramai yang nak pegi London tapi mengenangkan duit pon dah tak banyak dan rasa lebih baik aku pegi shopping. Mana taw nanti ada rezeki aku datang la London pulak, honeymoon maybe :D


Channel 4 lebih sinonim dengan Angkasapuri atau RTM kat malaysia. Dalam masa yang sama, depa maintain bangunan tu sendiri. Istimewa bangunan ni, setiap ruang boleh dibuka dan digunakan untuk pelbagai aktiviti so dia tak perlukan banyak ruang pon. Dan lagi satu yang best, depa kerja kat situ macam relax gila, tak payah pakai formal pon. Malaysia dok sebok la nak suruh pakai formal -__-"

Channel 4






 Percaya atau tidak ini adalah meeting room? Ceria betul kan

 Free sweet. Habis meeting melantak gula-gula




Teringin nak naik bas ni tapi tak penah dapat :(



Everton Stadium



 merasa masuk bilik vvip




 Bilik team lawan buruk je, strategy ni

 Bilik player lawa siap ada bath tab



Player paling kaya, ada satu bilik je kat stadium ni khas untuk family dia in case dorang nak datang tengok match.


Museum of Liverpool & Albert Dock
 cantik je senibina bangunan ni

 public bus yang sangat cute tapi sikit je ada

 Albert Dock, dulu titanic penah lalu sini



 Statue : lamb banana sangat terkenal kat liverpool



Dah lepas pegi muzium, pegi art gallery pulak. Entah kenapa aku rasa macam takde pape pon dalam ni. Nak kata art, rasa aku punya art lagi lawa kot. Nasib baik free, masuk je la dah orang suruh masuk walau pon tak rela.





Oh tidak aku ada exam esok macam mana boleh update blog pulak ni. Ok lah kena publish cepat, thanks for reading :))




0 comments: