Untong sapa baca blog ni, setiap kali nak baca entry mesti aku ucap selamat sejahtera atau pun السلام عليكم, bukan ke lebih afdhal kan :)
Alhamdulillah dah terlepas satu beban, dua hari lepas kami menduduki peperiksaan untuk kali pertama dan mungkin bukan terakhir (inshaAllah mungkin boleh sambung study) di bumi UK ini. Dalam masa tak sampai tiga minggu aku berada di sini, pelbagai gelagat manusia telah mengajar aku erti kawan yang sejati. Entah kenapa ramai sangat orang bercerita tentang keburukan sahabat sendiri sedangkan mereka sering keluar dan bergembira bersama, sabar lah wahai kawan. Mungkin ada hikmah, biar kita dipinggir, dikutuk dan dihina. Jangan sekali kita membalasnya, tunjukkan bahawa kita punya pegangan agama dan percaya lah Tuhan akan membalas perbuatan mereka. - sedikit tazkirah oleh ustazah Nadiah (" ,)
Disebabkan oleh exam yang akan menjelang pada isnin lepas, aku bertekad untuk tak keluar ke mana-mana selama tiga hari start jumaat sampai ahad. Aku bukan lah orang yang bijak, so kena usaha lebih sikit tapi tu tak mematahkan semangat aku untuk terus berdiri di tingkap melihat mereka berkumpul dan bersedia untuk keluar. Tak jeles pon, ada banyak lagi masa nak pegi pekan Liberpul tuu buweekkkk :p
Hari isnin hingga kamis kelas ada macam biasa, tapi semalam kami tak payah pergi kelas sebab lecturer terlibat dengan graduation day. Tahniah diucapkan kepada En. Rizal, lecturer kami di UM sebagai pensyarah yang mengiringi kami yang juga turut mendapat scroll semalam. *a big clap* Dan sisebabkan takde kelas, kami berenam pon pergi la ke salah satu ladang strowberi yang agak terkenal di seantero Liverpool ni.
Seawal 9.30 dorang dah kumpul kat bawah dan aku baru bangun tidur. Hahaha padan muka kena tunggu, sapa suruh tak call cakap nak keluar pukul berapa. Pastu, kami pon jalan kaki menuju ke bus stop, naik bas no. 487 menuju ke Clatterbridge Hospital bus stop. Actually ada beberapa ladang kat sini, kalau nak turun tempat lain pon boleh. Then jalan kaki sikit, masuk ladang tu dan korang mesti akan teruja melihat macam-macam buah ada, tapi yang jenis berry je la.
Jalan masuk ke ladang. Seeloknya bawak la payung kalau hujan kat sini takde tempat berteduh dan pakai sport shoes sebab struktur tanah yang agak lembab dan daun yang sedikit berduri mungkin merimaskan. Masuk sini free dan korang akan diberi bekas untuk isi strowberi tu. Makan je banyak mana nak sampai termuntah sebab buah sangat banyak cuma rajin dengan tak je nak mencangkung petik. Tapi kalau bawak balik, kena bayar ikut berat. 100g dalam 2.50pound.
Merasa la dapat makan strowberi besar-besar dan manis kat sini :)
Pemetik strowberi yang kurang berjaya sebab petik je masuk mulut. kekeke
Yang paling sikit buah dan ada coklat tu aku punya. Aku petik terus makan, teruja sangat kot!! Orang lain petik banyak-banyak baru makan. Laku betul nutella aku, oh ya coklat tu bawak sendiri ye. Tak heran aku stowberi cecah coklat dato K
Duk besila je kat tengah ladang perabih buah.
Orang sini pon ramai yang datang
Ni rupa raspberry, tapi sangat masam. Kat sini ada jugak buah blueberry dan ample tapi semua masam.
Selak je daun haaa hambiiikkk tu diaaaa buah. Tak heran dah kot orang yang jaga ladang ni.
Tak rugi pon datang sini, dapat pengalaman pastu puas makan buah. Tambang bas return baru 4.60pound pastu masuk free boleh makan banyak-banyak. Sapa nak bagi peluang macam ni, kat cameron nak dapat buah pon punya la susah. Tu pon buah kecik je. Semoga hasil tanaman orang tu semakin bertambah dan membesar dengan sihat. Nanti orang lain pon boleh makan :))