Jangan pernah 'menyesal' dalam menuntut ilmu

Assalamualaikum


Jeng jeng jeng....Bertemu lagi kita dalam masa tak sampai sehari kan. Tajuk kali ni panjang sikit la memandangkan idea tengah fresh lagi ni. Oh cop!! Off radio dulu, menyampah pulak aku dengar suara si taizo gedik ni, gelak nak macam patah je kan. Haaaiissshhhh


Sebagai sorang pelajar yang selalu kena herdik, kena perli, kena marah, kena tanya pelbagai jenis soalan, kena korbankan waktu tidur. Aku mengaku sememangnya tak mudah jadi sorang pelajar. Ni bukan bermaksud orang yang dah ada kerjaya tu mudah tapi setiap profession ada cabaran masing-masing. Cuma kali ni nak cakap pasal pelajar disebabkan aku pun masih lagi pegang status tu.


Dulu masa sekolah, masing-masing tak matang lagi kan. Boleh kata masa tu ibarat macam honey moon la, belajar main-main je. Setiap tahun cikgu pesan "Takde istilah honey moon bila kamu kat sekolah" betul la tu. Tapi budak-budak ni lain, contoh nya masa sekolah rendah dulu kalau belajar tak berapa pandai pun tak kisah tapi mak bapak yang menggelabah hantar pegi tuition bagai. Yelaa dulu otak ingat main je (tapi budak sekarang ingat main + becinta) gattaaii naa.


Bagi yang dapat result gempak merasa la masuk sekolah budak pandai, bagi yang tak berapa tu boleh cuba lagi masa PMR nanti. Bila dah keluar result PMR pulak, ada yang menangis dan ada yang suka. Tapi bila duduk hostel terasa sangat dia punya tekanan tu. Tambah pulak kena ikut schedule 24/7 kalau tak ikut kena tulis nama la, kena panggil masuk bilik PK la. Hadoi ape pun tak boleh.


Habis sekolah memang seronok sangat tak dapat dinafikan. Tapi hidup dia lain sangat dengan sekolah, sapa sokong??? Hahaha. Masa ni time management semua atas bahu kita. Pandai-pandai la nak corakkan diri macam mana. Kerja sangat banyak tapi nak jugak enjoy. Ada yang salah corak diri, enjoy kat tempat yang tak sihat contoh nya clubbing atau pun rempit dari jalan bangsar sampai bandar sunway. Amboooiii memang ni jalan bapak kau kan. Dan ada jugak yang kurung dalam bilik je, tak bersosial pun susah.


Bila dah masuk u, nak tak nak memang kena jadi matang dan dalam masa yang sama confident level kena tinggi dan communication skill tu kena ada. Mungkin kat sekolah takut nak present tapi kat u benda ni la yang selalu kena hadap. Murah rezeki, kena present kat depan outsider, masa tu pakai coat, kasut kilat pe semua kasi gempak kunun.kekekeke :p 


Tapi bila peratikan member, ada yang mengeluh, tak buat kerja, bila marah habis semua orang kena, buat kerja main-main, dan paling tak patut ada yang menyesal bila buat salah atau pun buat kerja banyak kali. Memang la penat kan, tapi kita kena la positif. Nak menyesal pun tak guna benda tu dah lepas. Anggap benda tu sebagai pengajaran tak pun anggap benda tu untuk kasi mantap lagi skill kita. Jangan la ambik jalan mudah eg. dah give up nak buat, pergi upah orang lain buat. Sampai bila pun la kau tak kan pandai.


Bila lecturer suruh buat pape, buat la tapi kalau rasa macam dah melampau sangat cuba slow talk dengan dia suruh kurangkan sikit project or assignment tu. Pleaaase la jangan la kurang ajar. Mungkin kita ingat lecturer tu hati kering tapi belakang kita dia mengadu kat orang lain mana kita tau kan. Silap-silap tak berkat ilmu tu. Belajar tu kena buat jugak tapi relax and chill. Kalau rasa tension, pegi la kuar jalan-jalan makan aiskrim ke ok!??

Jangan la marah nanti cepat tua. Tengok cam depa ni muka ada senyyum ja

yeelin│lizu│yaya│iqa│wani│tita│nabilah
Ok bai~


Buat sibuk

Assalamualaikum


Alhamdulillah dah masuk bulan rejab dan tak lama lagi kita akan bertemu pulak dengan syaaban dan ramadhan. Bagi adik, akak, dan makcik yang dulu ada termiss puasa tu cepat la ganti ye. Boleh niat puasa sunat sekali. Sungguh betul tahun ni tak terasa pun nak beli baju raya lebih awal, and lastly main beli je baju asalkan ada - .. -'


Actually baju raya tu tak penting sangat pun tapi penting la jugak kan, masa tu la nak merasa beraya rumah orang jamu makanan sedap-sedap, habiskan air sirap ngan oren pastu pakai baju cantik ambik gambar banyak-banyak, pakai kasut cantik (tapi lastly tukar pakai selipar jamban). Tapi bulan yang digandakan amalan ibarat seribu bulan tu la yang paling penting. Tak dinafikan bulan puasa ni memang macam-macam cabaran terutamanya bila nampak makanan. Yang tak sedap pun nampak macam sedap. Paling geram bila tengok tv, ada scene orang makan tambah pulak pelakon makan gelojoh nak mampus.


Sekarang ni dok sebok pikir nak siapkan kerja, nak exam tak lama lagi, nak pindah rumah sewa (pikir nak angkut barang dengan deposit lagi), pikir nak pergi uk tu pun kalau jadi. Semua nya nak pakai duit. Kan best kalau korek hidung je boleh dapat duit. (Ok sangat tak senunun!)


Alhamdulillah nak nak habis tahun dua, tak lama dah ni nak habiskan study tapi nampak je macam senang. Tak tau yang kita ni hari-hari pun busy. Duduk studio sampai pagi kadang tu sampai ke subuh semata-mata nak siapkan kerja. Dari hari pertama masuk lecture sampai la saat-saat genting ni pun dok banyak kerja lagi. (dah tu pegi la buat kerja dok blogging buat pa tah). Alaaaa nak rehat kejap pun tak kan la tak boleh.


InshaAllah 4hb jun start paper aku yang first. Moga dipermudahkan segalanya dan peroleh keputusan yang cemerlang hendaknya. Dan semoga ramadhan kali ni lebih baik dari ramadhan yang lepas. Eh macam awal pulak kan nak wish selamat berpuasa. Hehehehehe kalau macam tu nak wish selamat menyambut rejab lah. Jumpa lagi......

Passport dah siap hopefully jadi la pegi sana dan moga segala urusan kat sana nanti berjalan lancar. Aminnn..
*tinggi tu aku main gebang je. dulu rasa macam lagi tinggi dari tu kot..emm takpe lah pendek sikit


Thanks for reading




Hari Jumaatku

Hari ni hari Jumaat, penghulu segala hari. Alhamdulillah. Selalunya hari jumaat mesti seronok sebab ada satu kelas je. Tambah pula esok wekend lagi la seronok.


Nak bangun pagi tadi macam payah je, pergi kelas macam takde mood. Makan pun takde selera. Cadang esok nak pegi pejabat imigresen nak buat passport sebagai persediaan untuk fly ke UK bulan depan. InshaAllah itu pun kalau takde aral lintang. Then nak pergi bank nak buat kad debit. Macam-macam benda nak buat esok.


Tapi kali ni bukan nak cakap pasal passport dan kad debit. Kumpulan aku dah sepakat nak pergi sebuah kilang di ibu kota untuk buat assignment petang ni. Memandangkan minggu lepas aku tak pergi sebab ada urusan so aku setuju untuk join kali ni.


Dah dua bulan lebih tak sentuh wave biru dan mungkin juga aku dah hilang skill yang selama ni aku pendam. Roadtax pun dah mati tapi terpaksa juga start enjin sebab dah janji nak jumpa kat fakulti. Berpeluh-peluh nak bagi enjin panas. Tayar pula buat hal, daaa kena keluar duit ganti tube. Jam menunjukkan pukul 12.30 tengahari. Memang sangat terik sementara nak tunggu abang pomen tukar tube.


Balik rumah cepat-cepat mandi, solat, then terus menuju ke wave biru ku. Janji pukul 1.30 tapi jam dah 1.24. Minta maaf ye kawan-kawan sebab aku pergi bengkel tadi (dah la sorang-sorang perempuan) :"(


Baru je keluar simpang rumah, satu benda je yang terlintas kat minda "Macam mana kalau aku tetiba jatuh eksiden? Dah la kereta kat KL ni laju belaka". Rasa macam dah tak sedap hati, aku ambik keputusan stop kat petronas jap. Tapi mengenangkan kawan dah tunggu, aku teruskan juga perjalanan ke UM.


"SEREEEEEEEEEEETTTTT!!! DUUMMMMMMM!!!!"


Kereta depan membuat emergency brake dan begitu juga aku tapi apakan daya. Bunyi kuat mengejutkan orang yang melintas jalan untuk ke masjid tapi dalam ramai-ramai hanya beberapa orang je yang datang tolong selebihnya hanya tengok dengan muka tergamam. Sedar-sedar wave biru dah ada atas aku dan aku meniarap atas jalan.dan kami di bawah kereta yang aku langgar.


Driver kereta terus lari dan aku dengan luka-luka di kaki gagahkan diri angkat wave biru yang dah terbaring lantas memakai kasut ku yang dah terpelanting. Alangkah sedap nya rasa, kaki mula menggigil dan wave biru ku penuh dengan kesan calar dan handle pula senget.


Alhamdulillah berkat kesabaran, aku tiba juga di rumah walau pun agak susah untuk pijak paddle gear. Sepanjang jalan, air dan darah sama-sama mengalir dengan derasnya akibat tahan sakit. Mungkin betul la, ada hikmah disebalik setiap yang berlaku. Bersyukur sebab dapat groupmates yang memahami lalu aku dikecualikan daripada visit ke factory tu.


Jb Law, Yee Lin and Atiqah im so sorry coz not be able to join u guys for the second time. :'(


Hingga saat aku tulis entry ni pun darah still mengalir dan sangat kebas...

Salah satu kesan luka dan aku pun tak pasti luka ni kena jalan atau wave biru. Alhamdulillah masih lagi bernafas..Oh ya ni di bahagian tapak kaki di ibu jari ya, jangan pikir lain


Tiadalah untung orang yang sesat




Kitab Al-Quran ini tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya). Ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.


Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang, serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki mereka yang Allah beri kepada mereka.


Dan juga orang-orang yang beriman kepada kitab Al-Quran yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad), dan kitab-kitab yang diturunkan dahulu darimu, serta mereka yang yakin akan adanya hari akhirat (dengan sepenuhnya).


Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.


Sesungguhnya orang kafir (yang tidak akan beriman) sama sahaja kepada mereka, samada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman.


Mereka itulah yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk, maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka peroleh petunjuk hidayah.


Perbandingan hal mereka (golongan yang munafik itu) sama lah seperti orang yang menyalakan api. Apabila api itu menerangi sekelilingnya, tiba-tiba Allah hilangkan cahaya (yang menerangi) mereka. Dan dibiarkannya mereka dalam gelap gelita, tidak dapat melihat (sesuatu pun).


Mereka seolah-olah orang yang pekak, bisu dan buta. Dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali (kepada kebenaran).