Assalamualaikum
“aku dan dia dah putus…”
“kenapa?”
“aku dah x sayangkan dia. pelik
bukan.tiba-tiba saja perasaan tu hilang”
“kau pasti dengan keputusan kau.kau x
kesiankan dia? dia sayang kau…”
“kesian la jugak. tapi bila aku fikir
balik. lagi kesian kalau aku teruskan. aku dah x mampu…”
“buatlah apa yang kau rasa terbaik….”
selepas setahun.
“aku geram. dia tipu aku. lepas
setahun baru aku tahu…”
“kenapa? apa yang dah jadi…?”
“dia ada ramai perempuan belakang aku.
dia tipu aku.aku rasa pedih. terlalu pedih…”
“kenapa kau pedih. kan perasaan kau
dekat dia dah lama hilang”
“entah. mungkin rasa dikhianati. x
dihargai.mungkin kalau aku sayang dia. sekarang aku dah longlai. separuh mati
aku terluka. rabak. koyak. patah….”
“lupakanlah. jangan bebani hati
fikiran diri kau dengan benda dah lepas ni…tidurlah dah lewat…”
“aku tak boleh stop. mata aku x boleh
nak lelap .kecewa aku menggunung. otak aku overtime….”
.
beberapa bulan kemudian
“Aku selalu tertanya-tanya kenapa
perasaan aku pada dia boleh hilang. Sekelip mata.”
“kau ada jawapan?”
…senyum “ada…mudah.”
“apa dia?”
“bila aku pandang semua benda yang
jadi tu ada hikmah.aku mula refleksi balik segala apa yang aku dah buat.apa
yang jadi dalam hidup aku.
dan aku dapat jawapan.kau nak tahu?”
“kongsi lah…”
“Allah sayang aku. Dia taknak aku
setia pada orang yang x hargai aku. Dia benarkan aku tahu kebenaran setelah
setahun.mungkin masa tu baru kekuatan aku cukup untuk menampung kekecewaan
aku.dan aku fikir-fikir balik, Allah beri yang terbaik untuk aku.sedangkan
banyak benda yang aku lalai.hubungan aku dengan Allah aku terabai.”
“maksud kau?”
“aku banyak berfikir.refleksi balik
segalanya.cari jawpan pada soalan-soalan aku.aku kadang-kadang lalai dalam
mengingati Allah.leka dengan cinta lelaki.aku dah bazirkan masa,duit untuk
cinta lelaki.aku dah sedar aku sepatutnya fokus cinta kepada Pencipta.nak tahu
sesuatu?”
“teruskan aku dengar…”
“aku pernah tanya kenapa aku jumpa
lelaki yang salah.sekarang aku rasa aku tahu kenapa.aku belum cukup baik.dan
aku kena betulkan diri aku untuk dapat yang terbaik. Rasa cinta itu memang
anugerah daripada Allah.tapi kita manusia ni lebih menghargai rasa cinta itu
daripada Si Pemberi.
Kakak sepupu aku pernah cakap bila
kita couple susah nak kawal bukan…rindulah sayanglah then gaduh sampai emo
seminggu.lepas itu mula nak pegang-pegang tangan, bergambar rapat-rapat…sebab
tu,lebih baik mencegah daripada mengubati bukan…”
“so sekarang?”
“aku tengah berjuang.menjadi lebih
baik.doakan.selangkah.dua langkah…aku sedang berlari.mendekati Pencipta…”
“lelaki?cinta?”
“hanya yang Halal.janji Allah itu
pasti.”
“kau yakin sekarang?rasa lebih baik?”
“alhamdulillah.semua jawapan-jawapan
yang aku cari membawa aku pada Allah.aku nampak cahaya melambai-lambai dari
jauh.cahaya itu yang buat aku bangun.dan ketenangan itu milik
aku.sungguh,hikmah itu kalau dicari gali manisnya tiada berpenghujung.aku
khilaf.sebab aku tahu Allah sentiasa ada, cuma manusia yang mencipta jarak.
Itu kata-kata yang aku rasa sesuai
dengan situasi aku.mungkin dulu aku nak dekat dengan Dia bila nak sesuatu atau
sedih kecewa saja.tapi sekarang aku dah sedar,faham tanggungjawab aku.Allah
buktikan lagi sayang Dia pada aku dengan adanya perasaan ini.syukur :) ”
2 comments:
Allah itu dekat penuh kasih sayang ..
@Rashid
ye...kasih syg Allah tu dtg dlm mcm2 cara tp kdg2 kta anggap Allah xsyg kita..sbnrnya Dia lg mngetahui
Post a Comment