Cantik seorang Wanita


Cantiknya seorang wanita itu sebagai gadis
bukan kerana merah dan kilau lipstiknya
pada bibir mekar senyum kosmetik.


Cantik seorang wanita itu sebagai remaja
tidak pada kulit mulus menggebu terdedah.


Cantik seorang wanita itu sebagai Hawa
tidak kerana bijak meruntuh iman kaum Adam.


Cantik seorang wanita itu sebagai anak
tidak menjerat diri pada kedurhakaan.


Cantik seorang wanita itu sebagai isteri
merempuh badai di sisi suami.


Cantik seorang wanita itu sebagai menantu
menjauhi persekongkolan ipar lamai.


Cantik seorang wanita itu sebagai ibu
membuai anak kala suami menjalin mimpi.


Cantik seorang wanita itu sebagai mentua
telus hati mengagih kasih setara pada semua.


Cantik seorang itu sebagai nenek
menjaring teladan para anbia buat cucu cicit.


Cantik seorang itu sebagai warga tua
menghitung hari dengan selembar mashaf.


Cantik seorang wanita itu sebagai intelektualis
menyala obor mewangi setanggi profesionalis.


Cantik seorang wanita itu sebagai akidah solehah
mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah
dan menjaga maruah serta auratnya.


0 comments: