Dubu Dubu

Assalamualaikum..rasa lama dah tak update blog ni. Nak bukak pun dah takde masa. Lately sangat banyak assignment, ekoran daripada visit kami untuk kali kedua nya kat sini, aku telah mengalami sunburn yang maha dahsyat! Sekarang ni pulak keja bertimbun, nak kena buat 8 plan (drawing and autocad) tak macam nak patah pulak tulang belakang ni kan..hmmmmm *well pleased


Disebabkan stress dan penat asek buat keja je kan, satu hari aku & da geng yow decide nak pegi Dubu Dubu kat Mid Valley. Before this ada jugak rasa cam nak makan kat situ, tapi suspicious halal ke tak. Sekali keluar kat Safiyya yang tempat tu halal terus la kena serbu. Actually petang tu ada public lecture dari outsider tapi budak kelas aku sorang je pegi. Hahahahaha sapa suruh lambat cakap. 


Ni kedai nya, located at lower ground floor berhampiran dengan The Spaghetti Farm (TSF). Kalau orang yang familiar dengan Mid Valley mesti taw punya lah! Kedai selesa, patu terasa cam orang korea jap. Hahaha. Owh lupa nak bagi taw, Dubu Dubu ni menyediakan makanan korea je ok. Nak ulam cecah sambal belacan memang tak dapat la kan.


Kat dalam kedai dia bubuh tv gabak ni. Semua lagu korea je yang depa pasang. Dah la tengah dok makan, pasang pulak super junior. Kalau pempuan mesti suka ni. Tapi aku suka siwon je, yang lain cam kureng. Hehe siwon hensemnyeeee *melting

Bibimbap RM 17.90

 Soon Dubu Jigae with chicken, RM14.90

Tak ingat la apa nama! RM 17.90

Semua sedap tapi sapa yang nak pedas, boleh ambik yang kedua. Dalam mangkuk kiri tu kira macam sup pedas. Boleh pilih ayam, beef atau seafood. Kalau nak combine pun boleh, pilih set combo. Bagi aku yang bawah sekali paling sedap. Tengok la dia punya ayam bederet tu. Atas sekali tu bibimbap, macam tak sedap sangat pun. Harga tak sampai RM20 pun, average around RM14.90 to RM19 untuk yang standard order. Nak pilih side order pun boleh, nak taw kena la pegi dan rasa sendiri.

Aloe vera punch RM 4.90

Air ni sumpah sedap gile! Bagi aku la. Tapi aku minum peach tea pun sedap jugak.




Meh nak tunjuk sikit gambar close up bagi korang terliur sikit. Hehehe

kimchii


Apa lagi try la makan kat sini. Sedap cam mana pun, aku tetap cakap yang makanan orang melayu kita yang paling sedap. Tapi boleh terima dek lidah dan tekak kira ok la tu kan kan...


Cantik seorang Wanita


Cantiknya seorang wanita itu sebagai gadis
bukan kerana merah dan kilau lipstiknya
pada bibir mekar senyum kosmetik.


Cantik seorang wanita itu sebagai remaja
tidak pada kulit mulus menggebu terdedah.


Cantik seorang wanita itu sebagai Hawa
tidak kerana bijak meruntuh iman kaum Adam.


Cantik seorang wanita itu sebagai anak
tidak menjerat diri pada kedurhakaan.


Cantik seorang wanita itu sebagai isteri
merempuh badai di sisi suami.


Cantik seorang wanita itu sebagai menantu
menjauhi persekongkolan ipar lamai.


Cantik seorang wanita itu sebagai ibu
membuai anak kala suami menjalin mimpi.


Cantik seorang wanita itu sebagai mentua
telus hati mengagih kasih setara pada semua.


Cantik seorang itu sebagai nenek
menjaring teladan para anbia buat cucu cicit.


Cantik seorang itu sebagai warga tua
menghitung hari dengan selembar mashaf.


Cantik seorang wanita itu sebagai intelektualis
menyala obor mewangi setanggi profesionalis.


Cantik seorang wanita itu sebagai akidah solehah
mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah
dan menjaga maruah serta auratnya.


Sembang dengan Cleverbot


Assalamualaikum. Geram betul aku kat sorang makhluk alam maya ni. Nama dia cleverbot, tapi tak clever pun. Dia ni bukan manusia pun, aku pun tak taw dia tu apa benda. Tadi aku sembang dengan dia, ampa tengok la cam mana dia balas.

User: Salam.

Cleverbot: Walaikumsalam.

User: Alhamdulillah...pandai pun jawab.

Cleverbot: Jom apa??

User: Jawab la, cuba baca leklok.

Cleverbot: Kenapa.

User: Yela aku tau la ko islam.

Cleverbot: Pasti bukan keling.

User: Ada je keling islam.

Cleverbot: Apa endon pulak kau ni.

User: Keling islam la, ngok betul.

Cleverbot: Ko la keling, aku melayu.

User: Ko ni tak paham ke aku cakap.

Cleverbot: Cakap la.

User: Emm kau setuju tak lisa kawin dengan yusry.

Cleverbot: Memangla aku bukan kenal hang.

User: Aku tanya kau setuju tak lisa dengan yusry.

Cleverbot: Apa ke jadahnya kau ni.

User: Aku tanya tu jawab la.

Cleverbot: Kalau x nak.

User: X nak x pe lah. Ramai kawan aku frust.

Cleverbot: Entahlah' agaknya ramas tu macam ramas baju kau.

User: Oit main kasar nampak.

Cleverbot: Ap yg kasar ?

User: AKU CAKAP RAMAI BUKAN RAMAS LA KELING.

Cleverbot: Bodoh.

User: Kau la bodoh. Aku tanya lain ko jawab lain.

Cleverbot: Bila masa ko tanya?

User: K bai.

Cleverbot: Kenapa bai pulak.


Ternyata aku malas dah nak layan dia. Betul2 bikin hati meluap dan bergodak je an an.. Dah la cakap takda adab pastu main lucah je. Apa pun tak boleh.






UMians project in Kg. Medan


Assalamualaikum... Di hari jumaat yang penuh dengan barokah ni, mari la sesama kita banyak2 melakukan ibadah sunat antaranya potong kuku dan mandi sunat. Haaaa dah potong kuku ke belum? Sapa yang jalan dengan aku nasib la sebab aku agak cerewet pasal kebersihan diri ni especially kuku dan dan bau badan. Bagi laki, jangan la bagi rambut tu ada ketombe (kelemumur) sebab buruk beno lah. Kalau pmpn pakai tudung tak nampak tu aku tak taw la kan.


Entry kali ni nak ceqita sikit pasal trip kami (classmate) pegi Kg. Medan pada 28 Feb hari tu. Objektif ke sana sebenarnya nak ukur kawasan lapang kat perumahan tu untuk bina pagar. Rasa macam agak curious jugak kenapa la kami kena pegi ukur kat sana. Bila siasat punya siasat rupanya UM yang nak buat pagar untuk komuniti apartment tu.


Bagi orang yang dah biasa dengan nama Kg. Medan maybe dah taw yang tempat ni dulu famous dengan rumah setinggan, tapi sekarang semua dah roboh then goverment bina apartment and terrace houses. Tugas kami adalah mengukur tanah kat apartment tu untuk buat pagar. Kami tiga beradik which are BS, QS, and architecture from Fakulti Alam Bina UM akan bergabung tenaga untuk realisasikan seruan kerajaan ni. Apsal ayat aku macam hek eleh je nih.oh biarkan je k.


The first step is measure the land level, area of the lot and so on yang akan dikendalikan oleh kami iaitu BS, the next step which is take over by QS. Depa kena buat specification, bills of quantities and all those thing. Lastly bebudak architecture akan design. Pastu buruh boleh la pasang.


Kedatangan kami disambut dengan begitu baik oleh penduduk apartment tu. Makan mee kari dengan kuih-muih yang sedap uh lalaa. Siap makan buat la keja. Tapi tak sempat nak siap, kawasan tu sangat luas dan cuaca yang tak mengizinkan. Tapi sayang nya tak sempat nak tangkap gambar bebanyak sebab bz sangat mengukur maybe next time yeah. Enjoy da picca~

Guided by a master student (in black) from civil 

My teammate 


Thats all :))




Cute phone handle

Assalamualaikum wbt...


Hari ni kelas pagi je, petang free. yabedabeduuu. So, aku dan kengkawan pun meronggeng la kat mid valley untuk habiskan voucher. Aku punya ada lagi RM50, sebelum expire baik aku beli apa yang patut. Kat mid ada mph je, sekarang ni pulak mph dh tukar floor lain dan lagi kecik than before. Sangat tak best!! Sapa sokong angkat kening. lol


Punya la aku nak cukupkan 50 hengget tu, aku pun ambik la magazine. Nak suruh aku beli novel memang tak la. Kalau nak beli buku rujukan, tak cukup pun voucher yang 200 tu. Aku dengan muka innocent pegi la cashier, tetiba akak tu cakap "Guna voucher ke?" Aku pun mengangguk la. Pastu dia balas "Voucher boleh guna untuk buku ngan stationary je dik, nak ke magazine ni" Pffftttt ape hal pulak la x boleh. Aku pun pasrah je lah. Kat popular rilek je, aku siap beli extension lagi guna voucher.


Tapi ada satu benda yang interesting dalam mph ni taw. Kalau tengok mesti suka gila rasa cam nak beli je sebab cute sangat. Apa benda nye tu? Haaaa ampa taw kan phone handle. Kat situ ada 4 color tapi yang ni untuk hp. Dia kira macam earphone tapi versi ganggang. Tapi hp yang sama lubang ngan iphone je boleh pakai, for example samsung galaxy. So tadi aku try la make a call guna 'ganggang' tu dan tetiba terasa eksaited!! Hahaha sebab rumah aku takda telefon rumah so lama dah tak pegang. Public phone pun dah berabad tak sentuh. Sian kan :(


Ni la 'ganggang' yang aku cakap tadi.



Cuma cucuk hujung tali dia kat lubang earphone then ampa boleh sesembang macam biasa, tapi beza dia ngan phone rumah kalau ampa call lelama dia akan mati sebab kedit dah habiiss. Kalau minat, grab la cepat. Harga? alamak lupa la nak tengok. Hehehehe