Tak sangka lagi 9 hari je puasa tapi entah kenapa tak terasa pon nikmat bulan Ramadhan tahun ni dan rasa takde semangat langsung nak buat pape. Buat tu tak kena buat ni tak kena apehal la dengan aku ni, tapi yang pasti aku akan hasilkan kek tahun ni macam kebiasaan yang aku selalu buat tahun-tahun lepas. Mungkin aku sendiri kena usaha untuk keluar dari dilema ni. Tambahan ayah pulak masuk wad semalam, lepas sahur terus aku pecut kereta langgar lampu merah semua dan menuju ke kaunter emergency. Hari-hari kena pegi hospital dan berbuka kat sana. Mama pulak temankan ayah kat hospital, bulan-bulan puasa ni sabar tu paling penting. InshaAllah ayah cepat sembuh dan keluar wad.
Bye UK.....
Balik je dari UK aku terus membuat jelajah semenanjung haha. Mama ngan ayah sebok je call tanya bila nak balik kg, alaa relax la masa kan banyak lagi bagi la orang jenjalan dulu. Setiba di KLIA, akak dan tunangnya sudah menunggu di arrival gate dan aku kelihatan sangat keletihan setelah melalui 14 jam penerbangan dan 7 jam transit. Untung ada beradik duduk area KL, tak payah mama ngan ayah nak ambik.
Minggu pertama aku menghabiskan masa di Klang (rumah akak) tapi terasa sangat bosan sebab dorang semua kerja, so working hour aku akan duduk rumah sorang tengok tv sampai lebam. Nak jenjalan aku bukan taw pon jalan sana. Wekend kami (aku, akak & tunang , abang) pegi try makan burger bakar kat Puchong Utama. Emmm takde la sedap sangat biasa je, burger kat cafe A KMM dulu lagi sedap kot! Tapi orang kata nak merasa kan, ok la tu.
Honestly, aku sorang yang sangat bercita-cita tinggi dan kalau aku cakap aku nak, memang aku akan buat cuma cepat atau lambat. Tapi rezeki tu kita tak taw, mungkin kita tak dapat apa yang kita nak tapi memang rezeki aku hari tu. On the spot abang antar ke Jln. Duta nak ambik tiket ke Kulim (rumah akak aku yang dah kawin) dan alhamdulillah ada tiket lagi. Kat sana tak la bosan sangat sebab akak tak kerja pastu ada baby boleh main-main, boleh shopping sesama.
Anak buah pertama, namanya Saidatul Nafisah. Semua orang sayang gila kat dia sebab dia kan anak buah pertama. Untung kau Sah!!
Seminggu jugak kat Kulim sempat pegi Alor Setar hari tu hehehe. Terima kasih bawak jenjalan pastu makan sedap walaupun tempat tak sebarapa.
Dah jelajah rumah abang akak semua baru la balik kg dan sekarang aku jadi driver je. Nak buat kek takde mood lagi, nak buat biskut lagi la tak. Raya 2 minggu pastu dah start sem baru, harap aku lebih kuat, tekun dan sabar dalam menempuh pelbagai dugaan kelak. Amiinnn