Alhamdulillah setelah sekian lama meninggalkan blog ni, akhirnya timbul semula rasa nak bercerita. Sejak berpuasa tahun lalu, pelbagai liku kehidupan harus ditempuh. Maklum lah, lumrah manusia. Tiada ujian bukan lah kehidupan namanya. Namun kita tak perlu melatah malah ambil semua ni sebagai pengajaran.
Dalam masa beberapa bulan je, hidup dah banyak berubah. Bermulanya sem baru dan bermulalah diriku yang baru. Dalam kita dok merancang, Allah juga merancang tapi perancanganNya tu adalah yang terbaik utk kita.
Tarikh 29 Oktober 2012, merupakan hari yang bersejarah buat keluarga kami apabila Allah telah menjemput seorang insan yang bernama 'AYAH' secara mengejut. Sedikit terkilan kerana kami baru sahaja pulang daripada menyambut Hari Raya Haji bersama semalam. Apa pun, aku sangat2 bersyukur kerana telah dikurniakan seorang ayah yg terbaik. Al-Fatihah untuknya.
Moga mama akan lebih tabah dan kuat dengan ketentuan ini. Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda :
"Apabila seorang anak Adam mati, putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah, atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." (hadith riwayat Muslim)
Bagi sesiapa yang masih punya ibu bapa, berbaktilah seolah-olah mereka akan pergi esok, dan bagi yang sudah tiada, cubalah menjadi anak yang soleh dan sedekah doa untuknya.
********************
Tahun 2013, tak banyak yang berubah dari tahun sebelumnya. Aku cuba bertekad untuk mencapai apa yang aku hajati. Dan kini aku lebih matang dalam memilih sesuatu, mula memilih mana yang baik dan membuang apa yang aku rasakan ia boleh memudaratkan.
Tahun 2013 juga, ramai pasangan yang menamatkan zaman bujang mereka, barakallah semoga kekal hingga akhir hayat, dapat zuriat yang soleh dan solehah :)
Sesiapa kahwin (beristeri) maka dia telah melindungi (menguasai) separuh agamanya, kerana itu hendaklah dia bertakwa kepada Allah dalam memelihara yang separuhnya lagi. (HR. Al Hakim dan Ath-Thahawi)
Malam semalam, 14 Mac berlangsungnya pertandingan nasyid antara kolej sempena Festival Seni Universiti Malaya 2013 dan dalam masa yang sama ada program 'HEROES' di Fakulti Alam Bina dan Fakulti Undang-undang.

Hati tak boleh nak terima talk buat masa ni, so kami decide nak pegi tengok nasyid. Maybe 'HEROES' akan pegi masa Nabi Muhammad. Hehehe. Tahniah kepada pemenang tempat pertama hingga kelima untuk pertandingan nasyid. Tapi next time, biar lah persembahan tu pun kena dengan tema nasyid. Semalam tengok ramai sangat girls yang dok gedik2 atas pentas padahal nasyid tu, macam tak kena la.. Sedih :(
Haaa orang luar kalau nak datang Heroes tu boleh je, mai la memeriahkan