Manisnya Solat

Assalamualaikum wbt..


Bercakap tentang solat, ramai yang sebenarnya belum benar-benar faham tentang perlaksanaannya dan kepentingannya. Dan sebab itu lah ramai yang menganggap bahawa solat itu sebagai suatu perkara yang mudah. Tidak dinafikan, semua orang pun ada melakukan kesalahan dalam mengerjakan solat contohnya melewat-lewatkan, tangguh, bacaan yang tidak jelas dan sebagainya.


Nabi SAW bersabda bermaksud:

"Pangkal semua urusan agama adalah Islam dan tiangnya adalah SOLAT." (Riwayat Tirmizi no. 2541)

Dan Nabi bersabda lagi yang bermaksud:

"Barang siapa yang meninggalkan solat dengan sengaja, maka telah kufurlah dia." (Riwayat ath-Thabarani no.2248)

Kedua hadis di atas jelas menunjukkan kepentingan solat. Paling menyedihkan walau pun Malaysia adalah negara Islam, pemimpin Islam, raja Islam, tetapi apa yang kita dapat lihat, semakin ramai yang mula meninggalkan solat sedangkan kemudahan surau ada di mana-mana sahaja. Kita sepatutnya bersyukur sebab kemudahan semua dah sedia ada. Pengalaman saya tinggal di negara kafir selama sebulan sudah cukup membuatkan saya berasa sangat bersyukur tinggal di negara Islam. Bayangkan di negara kafir, jangankan surau. Masjid pun susah nak jumpa, nak azan pun kena kat dalam masjid je. Nak harapkan bangun sebab dengar azan, memang tak dapat.

Mengapa ramai yang mengabaikan solat? Punca utama ialah tiada kesedaran. Orang hanya akan melakukan dengan rajin dan tekun apabila nampak hasilnya. Pengabaian solat berlaku di mna2 sahaja. Antara punca pengabaian solat adalah kesilapan ibu bapa, tetapi ia lebih bergantung diri orang itu sendiri. 

Menjadi kesalahan ibu bapa tidak mendidik anak supaya menjaga solat akan menyebabkan anak tidak bersolat dan mewariskan zuriat yang tidak solat. Ramai orang berdoa untuk dikurniakan anak dan keturunan yang soleh dan solehah, tapi adakah mereka menjaga solat mereka? Sebelum berdoa minta itu dan ini, ubahlah diri sendiri terlebih dahulu, mohon Allah pelihara dan beri hidayah. Al-Quran pun ada mengajar kita supaya berdoa "Ya Allah, jadikan aku orang yang menunaikan solat dan daripada zuriat dan keturunanku."

Allah mendidik orang Islam agar sentiasa berdoa menjadi manusia yang menunaikan solat dan diikuti oleh anak cucu kerana solat adalah penting.

Pelbagai azab pedih akan menimpa orang yang tidak bersolat sebagaimana yang telah diceritakan oleh Nabi SAW, baginda melihat azab pedih semasa Israk Mikraj. Manusia yang tidak bersolat akan ke neraka bernama Saqar sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

"Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam Neraka Saqar? Orang-orang yang bersalah itu menjawab, Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan solat." (Surah al-Muddatsir 74:42-43)

Jika orang yang solat tapi lalai dan leka akan ke neraka, bagaimana pula orang yang tidak solat? Dah tentu azabnya akan lebih pedih. Sebagai orang Islam (termasuk diri saya sendiri) tunaikanlah solat dengan sempurna, khusyuk, ikhlas dan tawaduk agar solat kita diterima Allah. Menunaikan solat akan menjadikan kita manusia beriman dan berjaya dunia akhirat.

Andai kata anda pernah meninggalkan solat, maka gantilah solat-solat tersebut dan banyakkan berdoa kepada Allah supaya mengampunkan anda.

Untuk mengetahui antara kepentingan solat, boleh klik di sini

Wallahu`alam..


Berusahalah mencapai kemanisan dan kekhusyukan dalam menunaikan solat. Jangan sesekali mengabaikan kewajipan solat.

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah setelah sekian lama meninggalkan blog ni, akhirnya timbul semula rasa nak bercerita. Sejak berpuasa tahun lalu, pelbagai liku kehidupan harus ditempuh. Maklum lah, lumrah manusia. Tiada ujian bukan lah kehidupan namanya. Namun kita tak perlu melatah malah ambil semua ni sebagai pengajaran.

Dalam masa beberapa bulan je, hidup dah banyak berubah. Bermulanya sem baru dan bermulalah diriku yang baru. Dalam kita dok merancang, Allah juga merancang tapi perancanganNya tu adalah yang terbaik utk kita. 

Tarikh 29 Oktober 2012, merupakan hari yang bersejarah buat keluarga kami apabila Allah telah menjemput seorang insan yang bernama 'AYAH' secara mengejut. Sedikit terkilan kerana kami baru sahaja pulang daripada menyambut Hari Raya Haji bersama semalam. Apa pun, aku sangat2 bersyukur kerana telah dikurniakan seorang ayah yg terbaik. Al-Fatihah untuknya.


Moga mama akan lebih tabah dan kuat dengan ketentuan ini. Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda :
"Apabila seorang anak Adam mati, putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah, atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." (hadith riwayat Muslim)
Bagi sesiapa yang masih punya ibu bapa, berbaktilah seolah-olah mereka akan pergi esok, dan bagi yang sudah tiada, cubalah menjadi anak yang soleh dan sedekah doa untuknya.


********************

Tahun 2013, tak banyak yang berubah dari tahun sebelumnya. Aku cuba bertekad untuk mencapai apa yang aku hajati. Dan kini aku lebih matang dalam memilih sesuatu, mula memilih mana yang baik dan membuang apa yang aku rasakan ia boleh memudaratkan.

Tahun 2013 juga, ramai pasangan yang menamatkan zaman bujang mereka, barakallah semoga kekal hingga akhir hayat, dapat zuriat yang soleh dan solehah :)
Sesiapa kahwin (beristeri) maka dia telah melindungi (menguasai) separuh agamanya, kerana itu hendaklah dia bertakwa kepada Allah dalam memelihara yang separuhnya lagi. (HR. Al Hakim dan Ath-Thahawi) 

Malam semalam, 14 Mac berlangsungnya pertandingan nasyid antara kolej sempena Festival Seni Universiti Malaya 2013 dan dalam masa yang sama ada program 'HEROES' di Fakulti Alam Bina dan Fakulti Undang-undang.

http://firmansyahshidiqwardhana.files.wordpress.com/2013/03/13096_4643179593819_711716286_n.jpg

Hati tak boleh nak terima talk buat masa ni, so kami decide nak pegi tengok nasyid. Maybe 'HEROES' akan pegi masa Nabi Muhammad. Hehehe. Tahniah kepada pemenang tempat pertama hingga kelima untuk pertandingan nasyid. Tapi next time, biar lah persembahan tu pun kena dengan tema nasyid. Semalam tengok ramai sangat girls yang dok gedik2 atas pentas padahal nasyid tu, macam tak kena la.. Sedih :(

Haaa orang luar kalau nak datang Heroes tu boleh je, mai la memeriahkan